Sunday, May 4, 2014

Info: Cara membeli kereta Perodua Axia, Myi dan Alza - Kota Kinabalu

Cara paling popular untuk membeli kereta (perodua) adalah melalui proses loan. Pinjaman (loan) yang dibuat di bahagian Auto Finance atau kaedah Hire Purchase (Sewabeli) di bank memerlukan beberapa document untuk menjayakan proses pinjaman sewabeli kenderaan ini. Proses loan ini memerlukan pembeli mengemukakan beberapa document yang di persetujui oleh pihak bank. Terdapat beberapa category utama pelanggan2 yang ingin membeli kereta perodua. Dalam kesempatan ini, saya akan berkongsi cara2 membuat loan (sewabeli) kenderaan kepada beberapa golongan pelanggan tertentu.

Pada dasarnya, document yang perlu disediakan oleh pelanggan;

Sektor kerajaan atau penjawat awam;
1) Salinan Mycard
2) Salinan Lesen Memandu
3) Penyata Gaji 3 Bulan terkini
4) Penyata Bank Simpanan (Tempat gaji masuk)

Pekerja di Syarikat Swasta
1) Salinan Mycard
2) Salinan Lesen memandu
3) Penyata Gaji 3 bulan terkini
4) Penyata Bank 3 Bulan
5) Penyata potongan KWSP (EPF)

Berkerja Sendiri
1) Salinan Mycard
2) Salinan Lesen Memandu
3) Lesen Perniagaan
4) Penyata Bank 6 Bulan terkini
5) Gambar Permis (Lawatan tapak / Site visit)

Sektor Perladangan
1) Salinan Mycard
2) Salinan Lesen Memandu
3) Salinan Sijil Tanah / Perladangan / Penternakan
4) Penyata Bank 6 bulan terkini


Pakage atau Skim terbaharu (Kerjasama Pihak Perodua dan Bank terpilih) iaitu 'Graduate Scheme' / Skim Graduan, membuka satu peluang baharu kepada Para pelajar di Institusi dan Uniersity terpilih untuk memiliki kenderaan sendiri walaupun baru menghabiskan Khursus dan Pengajian maupun yang belum menghabiskan pengajian mengikut syarat2 tertentu yang di syorkan oleh pihak bank.

Secara konsepnya. Urusan pinjaman membeli kereta ini di umpamakan seperti kita ingin membuat pinjaman duit kepada pihak bank. Bagi pihak bank, mereka akan meluluskan pinjaman kepada golongan yang benar2 layak dan mampu membayar balik pinjaman tersebut kepada mereka. Biasanya gaji bersih pemohon yang layak adalah sekitar minimum RM1300*. Walaubagaimanapun gaji bersih dibawah amount tersebut juga berpeluang memiliki kereta mengikut syarat2 tambahan yang perlu. Document2 yang di minta adalah syarat dan procedure utama.

Bagi saya pula, setiap urusan adalah unik kerana tempoh pinjaman lulus adalah berbeza mengikut situasi semasa. Walaupun pelanggan mempunyai kelayakan yang sama, tempoh lulus tidak sama... (ada yang lulus pada hari yang sama...ada pula lulus tidak sampai seminggu.. ambil masa 2 minggu pun ada... malah sebulan mengikut situasi semasa). Walaubagaimanapun, Purata kelulusan Pinjaman kenderaan selalunya dalam tempoh seminggu dan proses hingga kereta sampai ketangan pelanggan mengambil masa tempoh tersebut iaitu seminggu hingga ke dua minggu.

*Konsep proses pembelian kereta perodua viva, myvi atau alza adalah sama dengan urusan membeli kereta jenama lain.

Untuk pertanyaan yang lebih detail, saya mencadangkan agar anda menghubungi saya melalui email : ansarsalihin@gmail.com atau menghubungi wakil pameran dan jualan yang sah... atau menghubungi saya; Awang Salihin, di nombor telefon : 019-8071861.

Facebook page: Awang-Perodua-Sabah

3 comments:

Ricky said...

Sya nak tanya. Kalau latihan under gov perlu ada pinjamin n ad surat tawaran.

A.Salihin A.S said...

Perlu ada surat Tawaran Latihan / Surat Pengesahan dan latihan. Perlu Penjamin jika elaun tidak mencapai syarat kelayakan minimun.
*Walaupun belum mendapat slip gaji...anda masih berpeluang memiliki kereta (Hubungi Wakil Sah Perodua/ Institusi Kewangan bagi mendapatkan maklumat lanjut) @Hubungi saya di phone yang tertera. TQ

jacksparrow luffy said...

Tuan sy mahu tnya..kalau gaji rm1500 layak ambik alza SE manual ke??