ASAS KERETA PERODUA - MYVI TECHNICAL SPECIFICATION

Kereta Myvi adalah kereta keluaran Perodua yang paling mendapat sambutan hangat dari pengguna di Malaysia. Tidak hairanlah model kereta Myvi ini sentiasa berada ditempat pertama selama 7 tahun berturut dari segi jualan di pasaran Malaysia. Model Myvi telah berjaya memenangi beberapa anugerah berprestij  seperti Car of The Year, People Choice Award, Malaysian 1st Choice dan banyak lagi di peringkat tertinggi bagi kategori Supermini / Small Sedan.

Terdapat 2 pilihan Drive Train iaitu Manual Transmission 5 Speed dan juga Automatic Transmission. Myvi terbahagi 4 model utama  iaitu :
1) New Myvi XT
2) Myvi 1.3 Special Edition (S-Series)
3) Myvi 1.5 Special Edition
4) Myvi 1.5 Extreme Edition

Kunci utama kepada quality model Myvi ini berpunca daripada jantung utamanya iaitu engine. Myvi dipasangkan dengan engine jenis K3-VE untuk model Myvi 1.3 dan jenis 3SZ-VE bagi model Myi 1.5.Engine jenis ini dipacu oleh Timing Chain. Valve mekanisme bagi kedua-dua jenis engine ini adalah DOHC (Double Over Heat Cam) 16V berserta DVVT (Dynamic Variable Valve Timing). Timing Chain yang dipasang ke engine jenis ini adalah berketahanan tinggi dan kukuh malah ringan. Material yang berkualiti tinggi ini di reka khusus untuk prestasi ketahanan serta senyap dan lancar. Terdapat Self-adjusting tensioner bagi memastikan ketegangan rantai sentiasa berada di posisi tegangan yang tepat. Pengguna hanya perlu menukar minyak engine pada masa yang di syorkan oleh professional dan tidak ada penukaran timing chain sepanjang tempoh hayat engine.

Model Myvi 1.3 dan Myvi 1.5 masing2 di pasangkan dengan 4 unit Inline Cyilinder Piston yang di jana oleh Fuel System jenis EFI (Electronic Fuel System). Penggunaan EFI yang dipadankan pada DOHC engine berserta DVVT adalah engine yang berprestasi tinggi menyasarkan kecekapan penggunaan bahan api petrol yang cemerlang dari segi penjimatan, kelancaran pick-up dan operasi yang mesra alam disamping meminimumkan getaran malah senyap. Kapasiti maximum bahan api petrol untuk model Myvi ini adalah 40 liter bersamaan dengan RM84.00 (1L X RM2.10).

Steering system bagi model Myvi adalah dari jenis 'Rack and Pinion' yang digerakkan oleh (EPS) Electronic Power Steering bagi meningkatkan kawalan steering yang lebih stabil melalui 'quick response ECU-controlled steering. Untuk pengendalian stabil ini, Myvi menggunakan Suspension System jenis MacPherson Strut with coil spring di bahagian hadapan suspensi dan jenis Absorber torsion beam with coil spring di bahagian suspensi belakang.

Standard saiz tayar Myvi ialah 175/65R14 dipasang pada Wheel Disc Alloy "14. Manakala tayar ganti kecemasan adalah jenis Temp Spare T115/70D14. Bahagian brake hadapan Myvi dipasangkan Brake jenis Disc Brake Caliper dan Pad yang mendapat kuasa operasi dari Master Pump Brake Booster. Di bahagian belakang pula brake Myvi adalah dari jenis drum (leading&trailing). Parking brake atau Hand-brake pula beroperasi secara mekanikal. Bagi menggurangkan risiko kecederaan semasa keadaan yang di luar jangka, kesemua model Myvi di pasangkan dengan Dual SRS Airbag di bahagian depan penumpang dan pemandu.
Ciri-ciri keselamatan tambahan yang lain adalah seperti Pre-tensioner Safety belt di bahagian pemandu serta ISOFIX child restrain system

Bagi model Myvi 1.3 Special Edition dan grade keatas, di bekalkan sekali dengan brake jenis ABS (Anti-Lock Brake System) bersama EBD (Electronic Brake Distributor) dan (BA) Brake Assistant System. Technology ABS System ini yang biasanya di pasang pada kereta buatan Jepun dan Eropah, juga di pasangkan pada model Myvi bagi mengelakkan kenderaan tergelincir semasa membrake pada kelajuan tinggi di jalanraya bersalji, basah dan licin.

Ciri-ciri utama bagi model Myvi 1.3 XT.
Ciri-ciri luaran Myvi XT di pasangkan dengan Headlamp jenis projector yang lebih jelas suluhannya pada waktu malam berbanding bulb jenis filament wire malah tidak menyilaukan mata pemandu di hadapan. Dibahagian belakang, Kombinasi lampu Myvi adalah jenis LED (Light-Emitting Diode). Lampu LED menyampaikan pencahayaan beberapa kali ganda lebih baik berbanding jenis lampu standard yang di pasangkan pada kenderaan biasa malah mempunyai jangka hayat yang lebih lama berbanding lampu bulb. Selain itu, ciri baharu bagi model Myvi 1.3 XT adalah jenis Rim 5 Spoke Alloy yang di pasangkan pada model ini begitu juga Grille jenis chrome yang di pasangkan di bahagian hadapan model Myvi 1.3 XT ini.
New Myvi
New Myvi 1.3 XT
Ciri-ciri dalaman model Myvi 1.3 XT.
Model Myvi 1.3 XT di pasangkan dengan Panel Meter Amber Illumination iaitu menampakkan warna orange sebagai tone warna bacaan berlatarbelakang gelap. Di bahagian Dasboard tengah Myvi 1.3 XT catkan dengan tema chrome untuk pemandangan yang lebih elegance berbanding model sama class yang digantikannya. Bangku tempat duduk model Myvi 1.3 XT adalah jenis Standard berwarna cerah dan lebih kemas dan lulus Safety oleh panel ASEAN NCAP dan MIROS (Malaysian Institute of Road Safety). Semua bahagian tempat duduk belakang Myvi 1.3 XT boleh dilipat rata, di bahagikan dengan ratio 60:40

Audio System untuk model ini mempunyai fungsi USB & Bluetooth. Bagi model Myvi 1.3 XT Automatic Transmission, Gear Shift lever terletak di Instrument Dashboard dan dipasangkan dengan fungsi keselamatan tambahan manakala model Manual Transmission pula Gear Shift Lever terletak di bahagian lantai tengah.

Terdapat 5 pilihan warna utama bagi model Myvi 1.3 XT ini dengan 2 warna baharu yang lebih menarik dan menyerlahkan kereta ini di jalan raya.
Available colour for Myvi 1.3 XT
Bagi kawasan Kota Kinabalu dan Keningau.
Harga On The Road (OTR) untuk model Myvi 1.3 XT Manual Solid ialah RM44,076.20 dan RM44,551.20 untuk jenis warna Metallic.
Harga On The Road (OTR) bagi model sama jenis Automatic Transmission pula ialah RM47,051.20 bagi warna solid manakala bagi harga metallic ialah RM47,526.20.

Myvi 1.3 Special Edition (S-Series) dan Myvi 1.5 Special Edition.
Myvi 1.3 Special Edition adalah sebuah model yang cukup lengkap dari segi technical Specification dan ciri-ciri utama luaran dan dalaman. Bagi menyahut seruan dan dasar kerajaan yang mahu syarikat pengeluar kereta malaysia menawarkan product kereta pada harga mampu milik malah mempunyai quality yang tinggi. Pihak Perodua telah mereka khas model Myvi 1.3 Special Edition atau di panggil model S-Series untuk memenuhi hasrat kerajaan dan memberi kepuasan kepada pengguna di Malaysia. Kesemua ciri-ciri luaran Myvi 1.5 Special Edition boleh di dapati pada model Myvi 1.3 Special Edition atau Myvi S-Series ini.

Tiga perbezaan utama model Myvi 1.3 Special Edition berbanding 1.5 Special Edition adalah pada Kuasa Engine atau Total Displacement 1.3cc berbanding 1.5cc. Perbezaan lain adalah kelebihan pada jenis Audio yang ada pada Myvi 1.5 Special Edition. Myvi 1.5 Special Edition di pasangkan dengan Audio Player jenis Multimedia Touch screen System berserta Navigasi GPS. Player Multimedia Myvi 1.5 Special Edition boleh membaca Input cekera keras jenis DVD, mempunyai funsi main Bluetooth berserta Handsfree dan sound system SRS TruBass and FOCUS technology yang di di alir kepada 4 Speaker woofer grade tinggi. Jenis bangku Myvi 1.5 Special Edition adalah dari fabric Sport Semi-bucket. Sedikit berbezaan pada warna rim alloy walaupun kedua-dua model Myvi ini di pasangkan dengan size tyre yang sama iaitu size 175/65R14 berserta tyre spare kecemasan jenis Temp. Spare T115/70D14.

Ciri-ciri luaran Myvi 1.3 Special Edition (S-Series) dan Myvi 1.5 Special Edition.
Myvi 1.3 Special Edition (S-Series)


Myvi 1.5 Special Edition

Available colour for Myvi 1.3 Special Edition (S-Series)
Myvi 1.5 Special Edition Available colour
Terdapat 6 pilihan warna bagi model Myvi 1.3 Special Edition (S-Series) manakala 5 pilihan warna bagi model Myvi 1.5 Special Edition.

Harga OTR bagi Model Myvi 1.3 Special Edition (S-Series) Manual Transmission adalah RM47,051.20 bagi warna solid putih (W09) dan tambahan RM500 bagi warna metallic. Bagi harga jenis Drive Train Automatic pula adalah RM50,051.10 untuk warna solid dan tambahan RM500 bagi warna Metallic)

Harga Myvi 1.5 Special Edition Manual Transmission Solid (W09 dan Y12) ialah RM55,153.70 tambahan RM500 bagi warna metallic. Manakala jenis Automatic Transmission solid pula RM58,153.70, juga tambahan RM500 bagi model berwarna metallic.

Myvi 1.5 Extreme Edition adalah grade tertinggi bagi model Myvi. Model ini menampakkan perbezaan performance semasa mengendalikannya. semua ciri-ciri Special Edition terpasang lengkap pada model Myvi Extreme Edition ini. Dilengkapkan dengan full skirting di depan belakang juga sisi serta Spoiler belakang dengan design khusus untuk Myvi Extreme.Di tambah pula dengan tempat duduk jenis leather. Hanya pengendali sahaja yang dapat menyatakan perbezaan pengendalian dan prestasi bagi model ini.

Myvi Extreme adalah model Myvi dengan class tersendiri. Tidak hairanlah Myvi telah menjadi satu product jenama perodua yang berjaya, sesuai dengan anugerah-anugerah yang di menangi oleh model Myvi di peringkat ASEAN dan Antarabangsa.

Myvi 1.5 Extreme Edition
Colour Available for Myvi 1.5 Extreme Edition
Selain dari pada ciri-ciri utama dari segi technical specification, Interior and Exterior serta lain-lain features tersebut. Model Myvi di bekalkan dengan accessories tambahan mandatory seperti Carpet mat mengikut class, Plate no.holder, Luggage Tray, Safety Triangle & Tool Kit bag.

Seiringan hasrat perodua yang sangat mementingkan dan mengutamakan kepuasan hati pelanggan, Semua model kereta perodua layak mendapat menafaat tambahan seperti 3 tahun FREE SERVICE termasuk Labour charge & Parts*. Parts* Free adalah tertakhluk pada Service Maintenance Schedule seperti Ganuine Engine Oil and Oil Filter.
Setiap kereta perodua adalah dijamin selama 3 tahun atau 100,000km jaminan kilang dan tambahan 2 tahun / 50,000km jaminan lanjutan.
Setiap kereta perodua adalah layak mendapat manafaat Perkhidmatan *Perodua Smart Assist jika berlaku keadaan luar jangkaan seperti kereta breakdown. Perkhidmatan ini beroperasi 24jam sehari dan 7 hari seminggu.

Bagi mendapatkan maklumat terkini, anda boleh datang ke Pusat Pameran dan Jualan Perodua maupun Pusat Servis Perodua yang Sah di sekitar Kota Kinabalu.

Anda juga boleh menghubungi Facebook peribadi saya Awang Salihin. atau menghubungi Phone saya : 0198071861.

Comments

Popular posts from this blog

Harga Axia dan Bayaran ansuran bulanan Pembiayaan Kenderaan 2021. #CCMAxia #LoanBank #LoanKereta

Kereta Baru Perodua Alza KK Terkini